Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMK Bintulu bakal terima 500 set meja, kerusi baharu
  • PENDIDIKAN

SMK Bintulu bakal terima 500 set meja, kerusi baharu

Utusan Sarawak 12 hours ago

KEADAAN meja dan kerusi di SMK Bintulu yang usang dan tidak lagi sesuai digunakan menjejaskan keselesaan pelajar semasa sesi pembelajaran.

BINTULU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu bakal menerima 500 set meja dan kerusi baharu hasil sumbangan OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd., sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, keadaan perabot yang rosak teruk dan tidak lagi sesuai digunakan dikenal pasti semasa lawatan beliau bersama wakil syarikat berkenaan ke SMK Bintulu hari ini (16 Mei).

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming bersama wakil OM Materials (Sarawak) meninjau kemudahan di SMK Bintulu bagi merangka pelaksanaan sumbangan 500 set meja dan kerusi baharu.

“Saya berharap lebih banyak syarikat tampil memainkan peranan dalam menyokong pembangunan pendidikan.

“OM Materials telah menunjukkan komitmen apabila bersetuju menyumbang 500 set meja dan kerusi baharu kepada SMK Bintulu.

“Ketika ini, syarikat sedang menjalankan penilaian tapak serta menyediakan laporan dan bajet berkaitan sebelum proses penyerahan dilakukan,” katanya.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming beramah mesra dengan pelajar SMK Bintulu sambil meninjau keadaan billik darjah dan kemudahan sedia ada.

Menurut Johnny Pang, SMK Bintulu merupakan sekolah menengah dengan jumlah pelajar kedua tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di Sarawak dengan lebih 3,400 pelajar serta 212 guru.

Katanya, keperluan untuk menaik taraf kemudahan sekolah amat mendesak memandangkan jumlah pelajar yang ramai memerlukan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Beliau turut menggesa lebih banyak syarikat dan organisasi agar bersama-sama menyokong usaha meningkatkan mutu pendidikan demi masa depan generasi muda.
Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 72 murid, 16 guru, ahli AKP raikan Hari Guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.