72 murid, 16 guru, ahli AKP raikan Hari Guru

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SEKITAR sambutan Hari Guru peringkat sekolah SK Semukoi hari ini.

SERIAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Semukoi hari ini meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dalam suasana penuh kemeriahan dan penghargaan, selaras dengan tema tahun ini, ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan.’

Sambutan yang dikendalikan oleh guru penyelaras, Cikgu Deidre Phoebe, menyaksikan penglibatan seramai 72 murid, 16 guru, dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) yang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti diatur termasuk persembahan khas oleh murid, acara sukaneka, penyampaian hadiah, serta jamuan istimewa.

Menurut Cikgu Deidre, objektif utama sambutan ini adalah untuk menyemarakkan semangat warga sekolah dalam menghargai pengorbanan guru serta mengeratkan hubungan antara murid dan pendidik.

“Harapan kami agar sambutan ini menjadi satu suntikan semangat buat semua pendidik di SK Semukoi untuk terus cekal dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa,” katanya.

Tema sambutan tahun ini mencerminkan komitmen para guru sebagai agen perubahan dalam landskap pendidikan negara, selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerajui reformasi sistem pendidikan yang progresif dan inklusif.

Sambutan Hari Guru 2025 di SK Semukoi bukan sekadar majlis tahunan, tetapi lambang penghargaan tulus kepada para guru yang menjadi nadi kepada kejayaan dan kesejahteraan sekolah.

Turut hadir Guru Besar, Pura Entalang.

Oleh Tarani Lanting

Pendidikan STEM lahirkan generasi masa depan

MARUDI: Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM), pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) memainkan peranan penting dalam membangunkan