Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Slam, Exist bergabung satu pentas
  • HIBURAN

Slam, Exist bergabung satu pentas

Utusan Sarawak 2 months ago
GABUNGAN MANTAP… Slam dan Exist bakal bergabung menerusi Konsert Slam X Exist: Our Journey. Foto SS Karya Venture

BAGI yang membesar mendengar lagu-lagu seperti Gerimis Mengundang, Suci Dalam Debu dan Janji Padamu, bersedialah untuk kembali ke era kegemilangan muzik 90-an pada 26 Julai ini.

Buat julung kali dua kumpulan legenda, Slam dan Exists bakal bersatu di pentas konsert istimewa di Megastar Arena di sini, bagi mengubat rindu para peminat.

Lebih daripada sekadar konsert, kolaborasi ini bakal menampilkan perjalanan emosi yang mengimbas kembali nostalgia zaman kaset, cakera padat dan lagu-lagu yang pernah disenandungkan oleh golongan muda ketika itu.

Bercakap kepada Bernama, Shah Slam berkata mereka mahu memberikan sesuatu yang istimewa kepada peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan setia sejak awal pembabitan mereka dalam dunia seni.

“Kami mahu setiap yang hadir merasai kemeriahan dan mengenang kembali nostalgia era kegemilangan kami. Konsert ini lebih daripada sekadar hiburan tetapi juga tentang perjalanan hidup dan memori bersama-sama peminat,” katanya.

Shah berkata konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya SS Karya Venture dan Republic Mohkmah Records itu merupakan impian yang tertangguh sejak 2018 disebabkan oleh komitmen masing-masing dan juga pandemik COVID-19.

“Sebenarnya, kita memang sentiasa ada perancangan untuk bergabung, cuma tinggal lagi untuk merealisasikannya. Selepas masing-masing sudah buat konsert solo, saya fikir sudah tiba masa yang baik untuk kami bergabung kerana masing-masing ada tarikan yang tersendiri.

“Lagipun, kami (kedua-dua kumpulan) lahir dalam era dan tahun yang sama dan lagu kami juga kebanyakannya daripada komposer sama. Sejak dulu, kami rapat seperti adik-beradik,” katanya.

Ditanya tentang sambutan peminat terhadap konsert tersebut, pemain gitar utama Slam itu bersyukur kerana hampir separuh daripada tiket konsert telah terjual.

“Alhamdulillah, sambutan setakat ini sangat baik walaupun poster serta promo rasmi belum siap, dan sidang media hanya akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya sambil menambah bahawa konsert itu tidak mendapat sebarang tajaan.

Shah yang juga pengarah konsert berkenaan, berkata mereka masih membincangkan lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada konsert tersebut.

“Setakat perbincangan awal, konsert itu akan dibahagikan kepada beberapa segmen termasuk segmen yang menggabungkan kedua-dua kumpulan. Apa yang boleh saya janjikan, peminat yang hadir akan terhibur sepanjang konsert itu,” katanya, menambah mereka belum mempunyai perancangan untuk memanggil artis jemputan.

Tiket-tiket berharga RM168 hingga RM3,000 boleh didapati di laman web https://www.iLassoTickets.com/slamexists. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Suki Low dedikasi lagu raya Anugerah Hati buat anak autisme
Next: ‘Detektif Lingam’ kembali dengan Lemang Gerak Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.