Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sistem saliran baharu bakal atasi banjir kilat
  • Utara
  • WILAYAH

Sistem saliran baharu bakal atasi banjir kilat

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAU …Johnny Pang meninjau tapak projek sistem saliran baharu di Perkuburan Gereja Anglican Bintulu bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak gereja hari ini.

BINTULU: Masalah banjir kilat yang kerap melanda kawasan Perkuburan Gereja Anglican Bintulu bakal diatasi menerusi pembinaan sistem saliran baharu di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, projek berkenaan akan bermula bulan hadapan dan dijangka siap dalam tempoh empat bulan.

Katanya, pembinaan sistem saliran itu penting memandangkan kawasan tanah perkuburan tersebut terletak di kawasan rendah yang sering dilanda banjir ketika hujan lebat.

“Ramai ahli gereja telah mengemukakan permintaan agar sistem perparitan dinaik taraf.

“Hari ini saya turut meninjau tapak projek dan menyaksikan penyerahan dokumen projek daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada kontraktor. 

“Projek ini akan dilaksanakan berdasarkan reka bentuk yang telah diluluskan pihak JPS,” katanya kepada pihak media semasa lawatan ke tapak projek tersebut hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan penglibatan jawatankuasa gereja untuk membantu memantau kemajuan projek dan menyalurkan sebarang maklum balas kepada pejabatnya.

“Saya percaya projek ini akan dapat mengurangkan risiko banjir dan memberikan persekitaran yang lebih selesa kepada mereka,” ujarnya.

Menurut Johnny Pang, pelaksanaan projek itu mencerminkan kerjasama erat antara wakil rakyat, agensi pelaksana dan komuniti dalam memastikan kebajikan penduduk setempat terus terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 20 hadir sertai Ibadah Korban PERKIP Cawangan Miri
Next: Tempoh operasi pintu sempadan Sarawak-Brunei dilanjutkan hingga tengah malam 15 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.