Lebih 20 hadir sertai Ibadah Korban PERKIP Cawangan Miri

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GOTONG ROYONG… Kelihatan pihak PERKIP menerima sumbangan kerbau untuk diagihkan pada Program Ibadah Korban di perkarangan Surau Al-Jannah, Hospital Miri pada Ahad lepas.

MIRI: Program Ibadah Korban anjuran Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Negeri Sarawak (PERKIP) Cawangan Miri berjalan lancar.

Program itu telah diadakan di perkarangan Surau Al-Jannah, Hospital Miri pada Ahad lepas.

Menurut kenyataan hantaran Hospital Miri di Facebook hari ini, kehadiran seramai lebih 20 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa PERKIP, jemaah muslim Hospital Miri berserta keluarga dan keluarga penyumbang binatang korban.

Sebanyak dua ekor kerbau telah dikorbankan dengan jumlah penyumbang seramai 14 orang yang terdiri daripada anggota kesihatan dan keluarga.

Penyembelihan kerbau sebelum itu telah disempurnakan di Surau Al Hidayah Tab Cinaq, Pujut 5, Miri.

Sehubungan itu, gotong-royong telah dimulakan pada 11.00 pagi dengan aktiviti melapah, memotong, menimbang dan membungkus daging untuk diagihkan kepada golongan asnaf, mualaf dan hadirin yang hadir.

Gotong-royong berakhir dengan aktiviti membersihkan perkarangan Surau Al-Jannah.

Oleh Adum Liu