Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sistem perparitan RM5 juta di Belawai
  • TEMPATAN

Sistem perparitan RM5 juta di Belawai

Utusan Sarawak 4 years ago
TAKLIMAT… Datu Len Talif Salleh dan Ir. Yusuf Abd Wahab mendengar taklimat daripada Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Bahagian Mukah, Mohd Adzim Friddy

TANJUNG MANIS: Projek pembinaan sistem perparitan yang dianggarkan bernilai RM5 juta bakal menyediakan lebih keselesaan kepada penduduk di Kampung Tepi Laut Belawai.

Setelah siapnya projek ini nanti, ia akan membawa manfaat besar kepada penduduk bagi mengelak berlakunya kejadian air bertakung sehingga menjejaskan aktiviti komuniti setempat.

Kelmarin, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab dan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh telah menjalankan tinjauan di tapak projek tersebut.

Sebelum ini, Ir. Yusuf telah memperuntukkan sebanyak RM 500,000 melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) beliau tahun 2021 untuk pembinaan fasa pertama projek tersebut bagi tujuan menambahbaik sistem perparitan di Kampung Tepi Laut Belawai.

Kedua-dua pemimpin sempat mendengar taklimat dari Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Bahagian Mukah, Mohd Adzim Friddy semasa tinjauan di tapak projek tersebut.

Menurut Mohd Adzim, pelaksanaan projek dijangka bermula April atau Mei tahun ini.

Oleh itu, kerjasama daripada penduduk kampung amat diperlukan bagi melancarkan pembinaan projek ini.

Turut hadir, Penolong Jurutera Harun Ajan, Penolong Jurutera Anuar Mahadir dan Penghulu Kalali Klen.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Batas bermeja selamatkan tanaman dari banjir
Next: 10 PPS DIBUKA mangsa banjir 577

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.