Sistem Penjagaan Kecemasan Arab Saudi selamatkan nyawa rakyat Malaysia

Facebook
WhatsApp

MAKKAH:  Nyawa seorang rakyat Malaysia berjaya diselamatkan selepas beliau mengalami serangan jantung secara tiba-tiba, hasil campur tangan pantas di bawah Sistem Penjagaan Kecemasan, satu daripada sistem dalam Model Penjagaan Kesihatan Arab Saudi.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pasukan perubatan di Hospital Kecemasan Ajyad, yang merupakan anggota Kluster Kesihatan Makkah, telah bertindak pantas dan memberikan rawatan yang menyelamatkan nyawa.

Hospital Kecemasan Ajyad kini beroperasi pada kapasiti penuh dengan kakitangan perubatan yang berdedikasi bertugas setiap hari bagi memberikan perkhidmatan kepada pelawat dan jemaah umrah.– Bernama-SPA