Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sisi menang majoriti besar pilihan raya Presiden Mesir
  • GLOBAL

Sisi menang majoriti besar pilihan raya Presiden Mesir

Utusan Sarawak 1 year ago
ABDEL-Fattah al-Sisi

KAHERAH: Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEA) Mesir pada Isnin mengumumkan penyandang Presiden Abdel-Fattah al-Sisi memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi, lapor Xinhua.

Dalam sidang media di Kaherah, Pengerusi NEA, Hazem Badawy berkata hampir 44.8 juta rakyat di dalam dan di luar negara mengundi dalam pilihan raya kali ini daripada kira-kira 67 juta pengundi yang layak.

Peratusan keluar mengundi sebanyak 66.8 peratus, peratusan keluar mengundi tertinggi dalam sejarah Mesir.

Hazem Omar calon Parti Rakyat Republikan meraih 4.5 peratus undi diikuti oleh Farid Zahran dari Parti Sosial Demokrat dan Abdel Sanad Yamama dari Parti Al-Wafd Mesir.

Susulan pengumuman keputusan pilihan raya, Sisi menyampaikan ucapan kepada negara dan beliau berkata: “Memilih saya untuk misi memimpin negara ini adalah tanggungjawab yang saya akan galas dengan setia.”

“Negara ini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran di semua peringkat dengan konflik di Gaza adalah antara cabaran utama yang mengancam “keselamatan Mesir”.

“Kita memiliki keupayaan ketenteraan dan ekonomi untuk mengekalkan keselamatan negara dan kepentingan rakyat,” kata presiden Mesir itu.

Pengundian di Mesir berlangsung dari 10 hingga 12 Disember manakala rakyat Mesir di luar negara mengundi dari 1 hingga 3 Disember di 121 negara. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Gempa bumi di China ragut 111 nyawa
Next: 13 maut, 178 cedera akibat letupan di depot bahan api di Guinea

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.