Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura: Banduan kes dadah terlepas hukuman mati
  • GLOBAL

Singapura: Banduan kes dadah terlepas hukuman mati

Utusan Sarawak 24 hours ago

SINGAPURA:  Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati di Singapura kerana mengedar dadah telah diringankan hukumannya kepada penjara seumur hidup, selepas berjaya dalam petisyen pengampunan, menurut laporan media tempatan.

Tristan Tan Yi Rui dijatuhi hukuman mati pada Februari 2023 kerana mengedar 337.6 gram methamphetamine, dengan sabitan dan hukuman terhadapnya kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, lapor The Straits Times (ST).

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), sebagai respons kepada pertanyaan ST, berkata Presiden Tharman Shanmugaratnam pada 14 Ogos telah memberikan pengampunan kepada Tan, atas nasihat Kabinet.

Kementerian itu menyatakan bahawa walaupun Kabinet dinasihatkan bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas Tan adalah sah di sisi undang-undang, satu syor dibuat untuk memberinya pengampunan berdasarkan fakta dan keadaan khusus kes itu.

Tan ditahan semasa operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 2018 yang turut membawa kepada penahanan beberapa individu lain.

Seorang daripada individu yang ditahan semasa operasi sama, yang dibicarakan secara berasingan atas pertuduhan yang membawa hukuman mati, akhirnya menerima hukuman yang tidak melibatkan hukuman mati.

“Kabinet memutuskan untuk menasihatkan pemberian pengampunan kepada Tan bagi mengurangkan perbezaan dalam keputusan kes masing-masing,” kata MHA, seperti yang dipetik oleh ST.

MHA menambah bahawa dalam kes yang melibatkan banduan hukuman mati, hukuman mati boleh diringankan kepada hukuman penjara, denda atau kedua-duanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa susulan berukuran 6.5 landa Semenanjung Kamchatka, Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.