Gempa susulan berukuran 6.5 landa Semenanjung Kamchatka, Rusia

Facebook
WhatsApp
DARURAT diisytiharkan di daerah Kuril Utara, Rusia selepas gelombang tsunami melanda susulan gempa bumi 8.8 magnitud di Semenanjung Kamchatka pada 30 Julai baru-baru ini. Foto AFP

VLADIVOSTOK: Satu gempa susulan berukuran 6.5 pada skala Richter melanda Semenanjung Kamchatka, Rusia pada Jumaat, menurut cawangan Kamchatka bagi Kajian Geofizik Akademi Sains Rusia melalui saluran Telegram mereka, lapor Xinhua.

Gegaran berlaku pada 10.11 malam waktu tempatan (1011 GMT) kira-kira 97 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky, ibu kota wilayah itu, pada kedalaman 48 kilometer.

Pada 30 Julai lalu, gempa bumi berukuran 8.8 magnitud melanda kawasan Teluk Avacha di semenanjung itu, menjadi gempa paling kuat pernah direkodkan di rantau berkenaan sejak 1952.

-Bernama