SIBU: Pasukan Simanggang muncul juara Pertandingan Futsal Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) 2024 Piala Piala Pusingan YB Dato’ Sri Doris Sophia Brodie.
Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Nangka, petang semalam menyaksikan pasukan Simanggang menewaskan pasukan Senadin, 4 – 0.
Dengan kemenangan itu, pasukan Simanggang turut membawa pulang Piala Pusingan Dato Sri Doris Sophia Brodie setelah memenangi pertandingan sama sebanyak dua kali sebelum ini.
Tempat ketiga menjadi milik pasukan Balai Ringin yang berjaya menewaskan pasukan Murum, 3 – 0, dalam perlawanan tempat ketiga dan keempat sebelum itu.
Dengan kemenangan itu, setiap pasukan menerima sebuah piala serta trofi.
Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum, yang turut menyempurnakan majlis penangguhan pertandingan.
Pertandingan futsal kali kelima ini dianjurkan oleh Pergerakan Wanita PRS Pusat, berlangsung dari 12 dan 13 September telah disertai sebanyak 15 pasukan.
Pasukan tersebut ialah N.49 Ngemah, N.79 Bukit Kota, N.80 Batu Danau, N.61 Pelagus, N.34 Batang Ai, N.72 Lambir, N.70 Samalaju, N.59 Tamin, N.33 Engkelili, N.Balai Ringin, N.66 Murum, N.18 Serembu, N.32 Simanggang, Pergerakan Wanita PRS Pusat dan N.75 Senadin.
Pada tahun ini, PRS Ngemah menjadi tuan rumah pertandingan sementara pada tahun depan giliran PRS Batang Ai selaku tuan rumah. Pertandingan futsal ini telah bermula sejak 2017.
Turut hadir ialah Ketua Wanita PRS yang juga ahli Parlimen Simanggang, Dato Sri Doris Sophia Brodie serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana.
Oleh TARANI LANTING