Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Siklon Garance ragut tiga nyawa
  • GLOBAL

Siklon Garance ragut tiga nyawa

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR ini menunjukkan laluan hujan dan angin merentasi jalan di Saint-Paul de La Reunion, di pulau La Reunion di Lautan Hindi Perancis, di seberang laut, pada 28 Februari 2025. Foto AFP

NAIROBI: Siklon Garance yang melanda Pulau Réunion pada Jumaat mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga kematian serta kerosakan infrastruktur yang meluas, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Prefek Pulau Reunion, Patrice Latron dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa tiga terkorban, manakala 182,000 penduduk terputus bekalan elektrik, 171,000 tidak mempunyai air bersih dan 134,000 mengalami gangguan internet.

Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou turut mengesahkan angka korban menerusi platform X sambil memberi amaran bahawa siklon itu masih mengancam pulau berkenaan.

PEJALAN kaki dan pegawai Gendarmerie Perancis berdiri di sebelah serpihan dan tumbuh-tumbuhan di jalan yang ditenggelami air di Saint-Paul de La Reunion, di pulau La Reunion di Lautan Hindi di luar negara Perancis, pada 28 Februari 2025. – Foto AFP

“Saya menyeru semua pihak mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. Penghargaan kepada pasukan kerajaan yang bertungkus-lumus membantu kita menghadapi ujian ini,” katanya.

Angin kencang dan hujan lebat akibat siklon itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan air secara meluas serta kerosakan harta benda, selain banjir teruk di beberapa kawasan.

Susulan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tahap maksimum sehingga Sabtu, memerintahkan penduduk untuk kekal di rumah dan menghentikan semua aktiviti yang tidak penting.

Pasukan kecemasan diarahkan menilai kerosakan, memulihkan perkhidmatan asas, serta memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Agihan kain kanvas dan bekalan kecemasan lain dijadualkan bermula Sabtu bagi membantu penyediaan tempat perlindungan sementara dan kerja-kerja pembaikan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Next: Enam cedera selepas jambatan runtuh di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.