Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sijil Alternatif SASM dikeluarkan 26 Februari ini – KPM
  • SEMASA

Sijil Alternatif SASM dikeluarkan 26 Februari ini – KPM

Utusan Sarawak 3 months ago

PUTRAJAYA: Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) tahun 2024 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 26 Februari ini, dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Januari lepas.

Seramai 4,886 MBPK dari 841 sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima SASM.

“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin untuk semua murid seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” menurut kenyataan itu.

KPM berkata, SASM adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi kementerian bagi memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pertandingan Dart Peringkat Sarawak diadakan selepas Hari Raya
Next: Tiba masa Sarawak jana pendapatan hasil bumi sendiri melalui Petros – Shafizan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.