Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Siew Ling jana pendapatan jual biskut
  • STAIL

Siew Ling jana pendapatan jual biskut

Utusan Sarawak 4 years ago
REBUT PELUANG… Yong Siew Ling tidak melepaskan peluang menjual biskut setiap kali musim perayaan.

Apabila menjelang musim perayaan, permintaan terhadap biskut antara yang mendapat permintaan tinggi. 

Inilah peluang kepada masyarakat kita untuk mencari duit lebih dengan menjual biskut. 

Bijak merebut peluang, ada sesetengahnya berjaya mengumpul lebih RM10,000 hasil jualan sama ada secara langsung atau dalam talian.

Seorang suri rumah , Yong Siew Ling, 45,berkata  setiap kali tibanya musim perayaan, dia tidak pernah lepaskan peluang menjual pelbagai biskut.

“Kalau bijak merebut peluang, boleh dapat lebih RM10,000 hasil jualan biskut sama ada secara langsung atau dalam talian.

“Untuk musim perayaan Tahun Baharu Cina akan datang, saya sudah mula membuat pelbagai jenis  biskut dan banyak permintaan sudah diterima daripada pelanggan terutamanya popia sambal dan semperit,” katanya yang berpengalaman hampir lima tahun membuat biskut setiap kali musim perayaan.

Siew Ling berkata, berdasarkan pengalaman lalu tempahan awal membolehkan dia menyiapkan biskut mengikut tarikh yang dikehendaki pelanggannya.

Tambahnya, kebanyakan biskut yang dijualnya adalah dihasilkan sendiri.

Antara biskut yang dibuat dengan hasil air tangannya ialah  popia sambal , semperit, almond london, cornflakes, kerepek isi ketam dan kerepek popia seaweed. 

Menurutnya, pada tahun ini dia menawarkan lebih 10 jenis biskut dan setakat ini sudah menyiapkan lebih 1,000 balang biskut pelbagai jenis.

Setiap balang biskut dijual pada harga antara RM18 hingga RM45 mengikut jenis biskut.

Katanya, menjual biskut ketika musim perayaan memang menguntungkan asalkan rajin berusaha dan bersabar.

Siew Ling berkata, dia belajar membuat pelbagai jenis biskut melalui Youtube. 

“Pada mulanya saya buat biskut untuk suka-suka sahaja dengan mempelajarinya di Youtube dan tidak sangka pula apabila saya jual, ia mendapat sambutan yang menggalakkan. 

“Mulanya memang saya takut nak jual.Takut kalau-kalau tiada pelanggan yang membelinya.

“Setakat ini, saya bersyukur kerana ada pelanggan  membeli biskut dihasilkan saya,” ujarnya.

Selain itu, Siew Ling berkata, biskut sentiasa ada permintaan walaupun bukan dalam musim seperti musim perayaan.

“Boleh sahaja  jual biskut ke pejabat dan kedai runcit malah secara dalam talian di rumah.

“Gunakan sahaja platform media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk mempromosi dan  jual biskut.

“Asalkan biskut yang dihasilkan itu sedap, saya yakin pelanggan akan sentiasa “repeat” membeli dari kita,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kraf tangan sumber pendapatan suri rumah
Next: ‘Menuai’ Kaloi di Kampung Gawang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.