Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sidang khas Dewan Rakyat 5 Mei diadakan atas permintaan PM – Parlimen
  • BISNES

Sidang khas Dewan Rakyat 5 Mei diadakan atas permintaan PM – Parlimen

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BANGUNAN Parlimen Malaysia. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi Malaysia diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parlimen Malaysia memaklumkan urusan mesyuarat khas itu diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan isu-isu semasa yang mendesak dan memberi manfaat kepada rakyat dibincangkan.

Ia akan melibatkan penerangan daripada menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berkaitan tindakan AS mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara itu, kesannya terhadap ekonomi Malaysia, dan tindak balas kerajaan merentasi pelbagai kementerian dan sektor.

Hal ini termasuk penyelarasan penyelesaian jangka pendek dan sederhana, semakan semula dasar-dasar industri tertentu, dan perancangan jangka panjang ekonomi negara dalam menghadapi impak perang perdagangan antarabangsa.

“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat turut membenarkan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan semasa sesi penerangan berlangsung,” menurut Parlimen Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Parlimen Malaysia memaklumkan sidang itu juga dijangka memberi ruang kepada perbahasan yang konstruktif serta penyampaian maklumat yang telus kepada rakyat berkaitan langkah kerajaan dalam mendepani cabaran ekonomi global semasa.

Siaran langsung sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pada 11 pagi itu boleh diikuti menerusi saluran YouTube rasmi Parlimen Malaysia. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: BNM, Perbendaharaan akan teliri semula laporan terkini KDNK Malaysia oleh IMF – Anwar
Next: Tukang jahit tidak sangka jadi ‘jutawan segera’ menerusi BSN SSP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.