Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang DUN: MAHB peruntuk RM29 juta naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  • TEMPATAN

Sidang DUN: MAHB peruntuk RM29 juta naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr. Jerip Susil pada persidangan hari keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memperuntukkan RM29 juta untuk menaik taraf fasiliti, sistem pengendalian bagasi dan aerobridge pada 2023 hingga 2025.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr. Jerip Susil berkata, MAHB telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 2020.

“Berdasarkan kajian ini, bangunan terminal boleh diperbesarkan untuk menampung kapasiti sehingga 12 juta penumpang setahun.

“Kementerian Pengangkutan Sarawak telah menjalankan audit terhadap empat (4) lapangan terbang utama di Sarawak dan telah mencadangkan untuk menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan dan fasiliti sedia ada.

“MAHB telah melaksanakan kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching secara berfasa semenjak 2019,”katanya

Beliau berkata demikian ketika persidangan hari keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini.

Tambah Jerip,sehingga 2022, MAHB telah membelanjakan RM2.5 juta untuk menaik taraf tandas, papan tanda dan menurap semula laluan pesawat.

Oleh Azreen Keria



Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Pembinaan Klinik Long Napir ditender semula kali kedua
Next: Sidang DUN: Perolehan input secara pukal tangani peningkatan kos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.