
SIBU: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup sepenuhnya, hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan PPS Dewan Komuniti Sibu Jaya yang menempatkan 25 mangsa telah ditutup pada 1.00 tengah hari manakala PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit, yang menempatkan 185 mangsa ditutup pada 5.00 petang selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sebelum itu, PPS Asrama Belia Kapit dan PPS Dewan Suarah Kapit ditutup pada 9.00 pagi manakala PPS Dewan Serbaguna Selangau ditutup pada 12.00 tengah hari. – Bernama