Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SIBG 2025 sasar tarik 1,500 peminat motosikal
  • TEMPATAN

SIBG 2025 sasar tarik 1,500 peminat motosikal

Utusan Sarawak 1 month ago
RASMI… Datuk Dr Hazland Abang Hipni semasa melakukan pengumuman rasmi SIBG 2025 pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran BIBB Sarawak, semalam. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan peminat motosikal serantau apabila acara berprestij, ‘2nd Sarawak International Bike Gathering 2025’ (SIBG 2025), disasarkan menarik kehadiran sekitar 1,500 peserta dari dalam dan luar negara.

Majlis pelancaran dan pengumuman rasmi acara tersebut telah dibuat oleh Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni sempena majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran ‘Borneo Island Big Bikers’ (BIBB) Sarawak, semalam.

Acara yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025 di pekarangan Pasaraya Mydin Vista Tunku di Petra Jaya, akan membawa tema ‘Safe Ride, Value Life’ dengan matlamat memperkukuh jaringan peminat motosikal dari pelbagai latar belakang budaya serta menonjolkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan bermotosikal yang unik di rantau ini.

Presiden BIBB Sarawak, Ramlee Tuah melahirkan rasa teruja menerima peserta dari pelbagai negara dan jenis motosikal, sambil menekankan bahawa acara ini bukan sekadar perhimpunan motosikal, malah satu perayaan budaya yang menyatukan pelbagai etnik dan komuniti di bawah semangat silaturahim.

DUIT RAYA… Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak semasa majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran BIBB Sarawak, semalam. Foto UKAS

Pelbagai aktiviti menarik turut dirancang, termasuk ‘Fun Ride’, cabutan bertuah, pertandingan ‘pocket bike’, ‘bike show’, pertandingan ‘Best Lighting Bike’, Mr and Miss SIBG serta pertandingan memasak ‘Master Cook SIBG’.

SIBG 2025 bukan sahaja menjadi medan untuk mengangkat industri motosikal dan keselamatan jalan raya, malah dijangka memberi impak positif terhadap ekonomi tempatan melalui limpahan pelancong dan aktiviti jualan.

Sementara itu, Hazland yang juga penasihat BIBB Sarawak menggesa seluruh pencinta jentera dua roda dan masyarakat umum agar tidak melepaskan peluang menyertai serta memeriahkan acara ini yang menjanjikan pengalaman luar biasa menggabungkan elemen kesukanan, pelancongan dan komuniti. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier ziarah kediaman keluarga mendiang Datin Sri Debong Anyie
Next: Coaching children on how to say ‘No’ to drugs

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.