Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SIBG 2025 beri impak ekonomi setempat
  • SEMASA

SIBG 2025 beri impak ekonomi setempat

Utusan Sarawak 9 hours ago
AMANAT… Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyampaikan ucapan pada pada majlis makan malam gala 2nd Sarawak International Bike Gathering (SIBG 2025) malam ini. Foto HaslanMy

PETRA JAYA: Ratusan, malah mungkin ribuan penunggang motosikal dari dalam dan luar negara membanjiri program 2nd Sarawak International Bike Gathering (SIBG 2025) di pekarangan Mydin di sini bermula kelmarin.

Kehadiran peserta SIBG 2025 sekali gus membuktikan bahawa Sarawak semakin mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan yang dikenali, bukan sahaja dalam bentuk konvensional, malah turut menarik minat dalam segmen khusus seperti pelancongan motosikal atau moto tourism.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, acara seperti ini memberi impak besar kepada ekonomi setempat, melibatkan pelbagai sektor seperti penginapan, makanan, cenderamata dan perkhidmatan sokongan lain.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA… Presiden BIBB Sarawak, Ramlee Tuah menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dr Hazland Abang Hipni. Foto HaslanMy

“Inilah maksud sebenar pembangunan pelancongan yang inklusif dan berdaya tahan. Saya juga berbangga melihat semangat perpaduan dan disiplin yang ditunjukkan oleh para penunggang motosikal.

“Anda semua bukan sekadar penunggang di jalan raya, malah merupakan duta keamanan dan keharmonian tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam gala 2nd Sarawak International Bike Gathering (SIBG 2025) malam ini.

Beliau turut menggesa agar program seumpama ini diperluaskan ke kawasan lain di seluruh Sarawak, memandangkan negeri ini kaya dengan keindahan alam semula jadi, budaya yang unik serta rakyat yang mesra.

“Seperti yang kita tunjukkan petang tadi, kami menjemput para bikers ke Kampung Bako. Di situ, terdapat tujuh produk pelancongan yang menarik seperti Taman Negara Bako, Pulau Lakir, Sungai Bako yang terkenal dengan populasi buayanya, Kampung Nelayan Bako dan produk tempatan seperti belacan Bako,” jelasnya lagi.

MOMENTO… Presiden BIBB Sarawak, Ramlee Tuah menyampai momento kepada Presiden Cat City Motorsport Club selaku penganjur Cat City Bike Week 2025. Foto HaslanMY

Tambah beliau, acara seperti ini bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan bikers, tetapi juga membawa limpahan ekonomi yang signifikan kepada komuniti setempat.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan di bawah pimpinan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, telah menyalurkan dana sebanyak RM200,000 bagi menjayakan program tersebut.

Sebagai tanda sokongan padu kepada komuniti peminat motosikal, Dr Hazland turut menyumbangkan sebanyak RM100,000 untuk memperkasa lagi program moto pelancongan di Sarawak.

Program 2nd Sarawak International Bike Gathering (SIBG 2025) dianjurkan oleh Borneo Island Big Bikers (BIBB) telah menarik kehadiran sebanyak 86 kelab motosikal dari seluruh Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Indonesia, Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut diadakan penyampaian momento kepada kelab motosikal oleh Presiden BIBB Sarawak, Ramlee Tuah.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Hari Ibu
Next: Abang Johari dilantik Yang Dipertua baharu Perkim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.