Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • JKR Sarawak tawar siasat struktur bangunan runtuh di Jalan Padungan
  • KEMALANGAN

JKR Sarawak tawar siasat struktur bangunan runtuh di Jalan Padungan

Utusan Sarawak 1 month ago
RUNTUHAN struktur sebuah bangunan di Jalan Padungan, Kuching. Foto Facebook Jabatan Kerja Raya Sarawak

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan menawarkan khidmat forensik kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) susulan insiden runtuhan struktur sebuah bangunan kedai lama di Jalan Padungan di sini pagi tadi.

Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris memaklumkan satu pasukan teknikal khas merangkumi jurutera forensik, pakar struktur dan pegawai penyiasat teknikal jabatan akan digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan penilaian terhadap struktur yang terlibat.

“Siasatan ini meliputi analisis tapak, penilaian kejuruteraan struktur dan pengumpulan bukti fizikal yang dapat menyumbang kepada penentuan punca sebenar kegagalan struktur.

“Keutamaan JKR adalah keselamatan awam dan segala penemuan hasil siasatan akan disalurkan kepada MBKS untuk tindakan lanjut termasuk cadangan pemulihan jika diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jabatan berkenaan bersedia menawarkan bantuan teknikal dan khidmat nasihat profesional kepada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkepentingan yang memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, penyelenggaraan infrastruktur serta siasatan teknikal.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyatakan sebahagian dinding kedai berkenaan runtuh, dengan panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 6.23 pagi tadi.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan tiba di lokasi dan mendapati dinding bangunan itu retak serta runtuh,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, tiada kematian dan kecederaan mangsa dilaporkan dalam kejadian terbabit. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Insiden dinding bangunan kedai runtuh di Jalan Padungan tidak libatkan mangsa
Next: Motorcyclist killed in collision with car on Jalan Kota Samarahan – Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.