Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SIAC2026 perkukuh peranan Sarawak sebagai peneraju pembangunan inklusif ASEAN
  • TEMPATAN

SIAC2026 perkukuh peranan Sarawak sebagai peneraju pembangunan inklusif ASEAN

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) ketika bercakap pada sidang media mengenai penganjuran SIAC2026 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini. Foto Nadya Victoria

PETRA JAYA: Sarawak bakal menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa pertama berkaitan Penilaian Impak Sosial (SIA) di Malaysia dan rantau ASEAN menerusi Persidangan dan Pameran Penilaian Impak Sosial 2026 (SIAC2026). 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penganjuran SIAC2026 mencerminkan komitmen berterusan Sarawak dalam memperkukuh amalan pembangunan berasaskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta kesejahteraan sosial di peringkat serantau.

“Persidangan yang dijadual dari 23 hingga 25 November depan itu dijangka menjadi platform penting menghimpunkan pakar antarabangsa, pembuat dasar, pemain industri serta institusi akademik.

“Ini bagi membincangkan pendekatan pembangunan yang lebih inklusif, lestari dan bertanggungjawab terhadap masyarakat,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media SIAC2026 di bilik media Kompleks DUN, di sini hari ini.

Menurut beliau, persidangan tersebut dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) bersama Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) bersempena ulang tahun ke-45 LCDA.

RAKAMAN kenangan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) dan Datuk Len Talif Salleh bersama delegasi dan jemputan pada sidang media tersebut. Foto Nadya Victoria 

“Ini merupakan persidangan dan pameran antarabangsa pertama di Malaysia dan ASEAN yang memberi fokus sepenuhnya kepada Penilaian Impak Sosial.

“Tema persidangan, ‘From Policy to Practice: Advancing Inclusive and Sustainable Development Through Social Impact Assessment’ akan memberi penekanan terhadap bagaimana dasar dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” jelasnya. 

Tambah beliau, SIAC2026 turut selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), khususnya dalam memperkukuh kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Dalam pada itu, Awang Tengah berkata penganjuran persidangan berkenaan juga mampu memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai pusat rujukan serantau dalam aspek pembangunan mampan dan pelaksanaan ESG.

Persidangan tersebut bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 24 November ini. 

Antara tokoh antarabangsa yang dijangka hadir termasuk Profesor Frank Vanclay dari Universiti Groningen serta Carlos T. Perez-Brito dari pejabat Bank Dunia di Singapura.

Selain Malaysia, persidangan itu turut dijangka disertai wakil dari Indonesia, Vietnam dan Filipina sebagai peserta, moderator, ahli panel serta penceramah jemputan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: DUN: Isu rumah mampu milik dan projek terbengkalai dibangkitkan
Next: DUN: Kestabilan politik, hak Sarawak dan pembangunan antara fokus dibangkitkan ADUN GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.