Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Sharwita bakal tonjol fesyen Malaysia di Cannes
  • INSPIRASI

Sharwita bakal tonjol fesyen Malaysia di Cannes

Utusan Sarawak 1 day ago
SUPERMODEL dan usahawan fesyen terkenal Malaysia, Sharminidevi Parameispran atau dikenali sebagai Sharwita menggayakan perhiasan dari Thamarai Jewels ketika temu bual dengan Bernama di Jalan Masjid India baru-baru ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Supermodel dan usahawan fesyen terkenal Malaysia, Sharminidevi Parameispran, atau lebih dikenali sebagai Sharwita, bakal mengharumkan nama negara sekali lagi apabila dijadualkan tampil di acara Karpet Merah Tayangan Perdana Festival Filem Cannes ke-78 pada 20 Mei ini.

Bakal menjadi penampilan kedua beliau di festival filem berprestij itu, beliau akan menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan jenama terkenal Malaysia, meletakkan negara sebagai destinasi pelancongan fesyen di rantau ASEAN.

SHARWITA ketika ditemu bual baru-baru ini. Foto BERNAMA

“Malaysia memiliki segalanya – kekayaan budaya, pereka yang kreatif dan potensi besar untuk menjadi destinasi pelancongan fesyen serantau dan global. Saya harap penyertaan saya di Cannes menyampaikan mesej ini,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini baru-baru ini.

Sebagai duta rasmi jenama perhiasan Thamarai Jewels yang juga rakan rasmi bagi penampilan beliau di Cannes, Sharwita akan menggayakan koleksi eksklusif yang direka khas.

Tahun lalu, Sharwita mencuri perhatian antarabangsa apabila tampil dengan gaun diinspirasikan daripada kebaya yang dihiasi dengan 10,000 kelopak bunga buatan tangan.

Untuk edisi tahun ini, model yang memiliki ketinggian lima kaki sembilan inci dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri fesyen itu, akan mengenakan busana mewah ciptaan The Atelier, sebuah jenama haute couture tempatan yang diterajui oleh pereka kasut terkenal dunia Datuk Jimmy Choo.

The Atelier dikenali dengan hasil rekaan eksklusif yang mengetengahkan keanggunan dan kehalusan kerja tangan oleh pasukan pereka antarabangsa.

SHARWITA akan menggayakan koleksi eksklusif yang direka khas sempena penampilannya pada acara Karpet Merah Tayangan Perdana Festival Filem Cannes ke-78 pada 20 Mei ini. Foto BERNAMA

Sharwita juga dijadualkan menghadiri tayangan perdana filem selain menyertai sesi jaringan kerja merentasi lebih 60 pavilion antarabangsa, mewakili Malaysia bukan hanya sebagai ikon fesyen tetapi juga selaku duta budaya.

“Cannes bukan sekadar tentang glamor tetapi juga platform untuk berhubung, belajar dan membuka pintu kerjasama. Saya melihat diri saya sebagai jambatan antara Malaysia dan industri kreatif global – daripada fesyen hingga filem,” tambahnya.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kajang, Selangor, Sharwita merupakan pengasas agensi peragaan Le Fashion Secret yang membantu menghubungkan bakat-bakat muda Malaysia dengan peluang antarabangsa. Beliau turut dikenali kerana menawarkan latihan peragaan dan bimbingan secara percuma kepada model serta ratu cantik baharu.

Kini, Sharwita dalam perbincangan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bagi membentuk kerjasama formal selepas kemunculannya di Cannes, dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai hab pelancongan fesyen menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Festival Filem Cannes ke-78 akan berlangsung dari 13 hingga 24 Mei di Cannes, Perancis. Diiktiraf sebagai antara festival filem paling berpresti di dunia, acara itu menayangkan filem pelbagai genre selain menarik kehadiran tokoh ternama industri filem dan pakaian dari seluruh dunia. – Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Nenek 70 tahun jadi usahawan pekasam, inspirasi ramai di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.