Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Shahril Shamsuddin dilantik semula sebagai Pengerusi MIMOS
  • BISNES

Shahril Shamsuddin dilantik semula sebagai Pengerusi MIMOS

Utusan Sarawak 5 years ago
TAN Sri Shahril Shamsuddin.

KUALA LUMPUR: Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS Bhd, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), melantik semula tokoh korporat, Tan Sri Shahril Shamsuddin sebagai pengerusi berkuat kuasa 18 Mei, 2020.

Menurut MIMOS, Shahril, 58, presiden dan ketua pegawai eksekutif Sapura Energy Bhd, pernah memegang jawatan yang sama bagi tempoh 16 Jan, 2005 hingga 4 Julai, 2008.

Ia berkata kali ini beliau menggantikan Datuk Wira Omar Kaseh yang menamatkan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun.

“Semasa tempoh terdahulu beliau dengan MIMOS, agensi ini telah mengalihkan fokus daripada pembangunan perniagaan kepada aktiviti R&D bagi pengkomersialan ke arah mempertingkat daya saing negara,” menurut MIMOS dalam kenyataan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Emelia Matrahah berkata MIMOS menyambut baik pelantikan semula Shahril.

“Kami yakin dengan pengalaman luas dan portfolio yang pelbagai beliau mampu memimpin MIMOS ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan yang sama.

MIMOS juga menjadi agensi kerajaan pertama yang komited menerapkan unsur integriti dan etika sebagai sebahagian daripada tadbir urus korporat dalam mentransformasikan budaya R&D nasional.

“Pelantikan semula ikon minyak dan gas ini mengambil kira kepakaran beliau dalam bidang pengurusan, kepimpinan korporat dan keupayaannya dalam bidang-bidang intensif teknologi,” kata MIMOS.

Shahril memiliki ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Teknologi dari MIT Sloan School of Management, Amerika Syarikat dan Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Industri dari California Polytechnic State University, Amerika Syarikat.

Beliau juga  dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Pengurusan Teknologi oleh Universiti Teknologi Malaysia pada Mei 2013- Bernama

Continue Reading

Previous: Emirates tawar penerbangan ke KL
Next: Keputusan rayuan BPN akan diketahui pertengahan Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.