Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Shahelmy fokus pendidikan, banjir kilat
  • NASIONAL

Shahelmy fokus pendidikan, banjir kilat

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 24 Sept -- Calon Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat Ir Shahelmy Yahya ketika sesi temu bual eksklusif baru-baru ini.
Shahelmy berkata beliau mahu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendidikan dan memperkasakan kemahiran teknologi golongan belia.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


CALON BN kawasan DUN Tanjung Keramat Ir Shahelmy Yahya ketika sesi temu bual eksklusif semalam. Shahelmy berkata beliau mahu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendidikan dan memperkasakan kemahiran teknologi golongan belia. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional (BN) Ir Shahelmy Yahya mahu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendidikan dan memperkasakan kemahiran teknologi golongan belia jika diberi mandat menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Tanjung (Tg) Keramat.

Jurutera awam berusia 47 tahun itu berkata, beliau mahu mengoptimumkan sumber manusia berdasarkan ilmu pengetahuan dalam kalangan belia yang merupakan 58.42 peratus pengundi berusia dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun di kawasan itu.

“Hal ini kerana, kita berada pada era teknologi dan maklumat yang mana peredarannya begitu pantas.

“Jadi orang muda kena ada asas ilmu pengetahuan untuk memastikan kita mempunyai daya saing yang tinggi,” katanya kepada Bernama semalam.

Menurut calon UMNO itu, dalam dunia hari ini golongan belia bukan hanya bersaing di Tanjung Keramat tetapi juga di peringkat global.

Selain itu, katanya, fokus beliau juga terhadap penambahbaikansistem perparitan tersumbat yang sering menyebabkan banjir kilat serta pengurusan sampah di kawasan baharu pilihan raya itu.

Berasal dari Kampung Sipanggil Putatan, Shahelmy juga mahu mempergiatkan aktiviti ekonomi dan perniagaan dengan mengadaptasi teknologi digital khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tanjung Keramat merupakan antara 13 DUN baharu selepas diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada tahun lalu dan ia terletak dalam kawasan Parlimen Putatan yang mempunyai seramai 14,350 pengundi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini, Shahelmy akan berdepan dengan calon LDP Faezah Ibnu, Mohd Salleh Lamsin (USNO), Ira Uzair (PCS) dan calon Warisan, Rosdy Wasli. – Bernama

Continue Reading

Previous: Muhyiddin minta rakyat bersama kerajaan pimpinannya
Next: Kerajaan PN prihatin, tidak zalimi rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.