Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • SFC-Mubadala Energy jalin kerjasama, fokus kelestarian hutan, habibat 
  • BISNES

SFC-Mubadala Energy jalin kerjasama, fokus kelestarian hutan, habibat 

Utusan Sarawak 7 months ago

Abang Arabi (kiri) dan Khalfan Al bertukar dokumen MoU sambil disaksikan Premier Sarawak serta Sheikh Mansoor dan delegasi kerajaan Sarawak yang lain. Foto UKAS

ABU DHABI: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Mubadala Energy, sebuah syarikat tenaga global yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kerjasama strategik dalam bidang pemuliharaan alam sekitar.

Kerjasama memfokuskan kepada perlindungan hutan dan habitat di Sarawak dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di Abu Dhabi pada Rabu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui berkata inisiatif ini bertujuan untuk memastikan pembangunan sektor tenaga tidak memberi kesan negatif kepada ekosistem dan biodiversiti khususnya hidupan liar di negeri ini.

“Kolaborasi di antara SFC dan Mubadala Enegery dalam bidang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Apa yang kita buat adalah mencari titik fokus, sambil kita membangunkan sektor tenaga, dan ia tidak membahayakan alam sekitar kita terutama hidupan liar.

“Ini termasuk pemuliharaan hutan, dan berdasarkan asas tersebut, terdapat pertukaran pandangan antara pengeluar tenaga, termasuk SFC untuk melindungi hutan kita dan juga habitat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama UKAS dan TVS selepas menghadiri Pameran dan Persidangan Antarabangsa Petroleum Abu Dhabi (ADIPEC) 2024 di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) di sini pada Rabu.

Abang Johari berkata kerjasama ini merupakan langkah penting untuk mengintegrasikan aspek pemuliharaan dengan pembangunan tenaga yang mampan.

Terdahulu beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Mubadala Energy, Sheikh Mansoor Mohammed Al Hamed menyaksikan majlis MoU yang ditandatangani oleh CEO SFC, Abang Arabi Abang Aimran dan Naib Presiden Eksekutif Teknikal dan Penyahkarbon Mubadala Energy, Khalfan Al Mansoori di reruai Mubadala Energy di ADNEC.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri yang lain. – Edisi UKAS

Continue Reading

Previous: Belanjawan Sarawak: SHEDA harap skim bantuan deposit perumahan diperluas
Next: Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.