Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Setitik darah mampu selamatkan sehingga tiga nyawa
  • Utara
  • WILAYAH

Setitik darah mampu selamatkan sehingga tiga nyawa

Utusan Sarawak 3 hours ago
POSTER Program Derma Darah anjuran Hospital Bintulu bersama MTT Shipping Sdn. Bhd. dan The Spring, Bintulu.

BINTULU: Tabung Darah Bintulu menggalakkan orang ramai menyertai program derma darah yang akan berlangsung di Pusat Beli-Belah The Spring pada Ahad ini (17 Mei).

Program anjuran bersama Hospital Bintulu, MTT Shipping Sdn. Bhd. dan The Spring itu dijadualkan berlangsung dari 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menurut kenyataan, setiap pendermaan darah mampu membantu menyelamatkan sehingga tiga nyawa, termasuk mangsa kemalangan, pesakit pembedahan, pesakit kanser dan ibu yang baru melahirkan anak.

Proses pendermaan darah adalah selamat, cepat dan tidak menyakitkan, selain hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit.

“Tubuh manusia juga mampu menggantikan semula darah yang didermakan dalam tempoh beberapa minggu,” katanya.

Para penderma turut akan menerima saringan kesihatan percuma, termasuk pemeriksaan tekanan darah dan hemoglobin, selain token penghargaan berupa beras lima kilogram, baucar cabutan bertuah, makanan ringan serta cenderamata daripada MTT.

Antara syarat kelayakan penderma ialah berusia antara 18 hingga 60 tahun, mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kilogram, berada dalam keadaan sihat serta tidak mempunyai sejarah tatu, tindikan atau bekam darah dalam tempoh tiga bulan terakhir.

Mereka yang sedang mengambil ubat tertentu turut dinasihatkan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum menderma darah.

Orang ramai juga digalakkan hadir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kerana lebih ramai penderma akan memberi impak yang lebih besar kepada pesakit yang memerlukan bekalan darah.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taman Tumbina Bintulu tawar pengalaman santai dekatkan pengunjung dengan alam semula jadi
Next: 51 motosikal diperiksa, lapan disita dalam Op Bersepadu di SMK Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.