Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Setiap pemain MSSB Bintulu 2026 dianggap juara atas usaha dan semangat
  • SUKAN

Setiap pemain MSSB Bintulu 2026 dianggap juara atas usaha dan semangat

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAM KENANGAN… Pemain, guru pengiring Kejohanan Badminton MSSB 2026 bergambar kenangan bersama Persatuan Badminton Bintulu (BBA) pada Majlis Penutupan Kejohanan Badminton MSSB 2026.

BINTULU: Setiap pemain yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Bintulu 2026 dianggap sebagai juara kerana telah memberikan yang terbaik serta berani mencabar diri sendiri.

Menurut Pengerusi Persatuan Badminton Bintulu (BBA), Denness Lim, pihaknya akan terus komited dalam usaha mengenal pasti dan membangunkan bakat baharu dalam sukan badminton.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur, Sekolah Kebangsaan Kem Batu 18, atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Badminton MSSB Bintulu 2026 dengan lancar dan cemerlang.

Di samping itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Guru Besar Richard Jale, PKKK Saharuddin, PT Ho, ahli jawatankuasa pertandingan, guru-guru, jurulatih, ibu bapa serta para pemain yang terlibat.

“Kepada semua pemain, saya mengucapkan syabas dan tahniah. Setiap titik peluh, usaha dan perjuangan di gelanggang hari ini merupakan satu langkah ke arah kejayaan pada masa hadapan. Kemenangan bukanlah segalanya dan kekalahan bukanlah pengakhiran,” katanya pada majlis penutupan Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) di sini, semalam.

Kejohanan tersebut anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, dengan pengelolaan oleh Sekolah Kebangsaan Kem Batu 18 serta kerjasama Persatuan Badminton Bintulu (BBA), telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

PESERTA yang terpilih mara ke peringkat seterusnya Kejohanan MSS SARAWAK pada 5 hingga 7 Mei di Miri.

Sebanyak 22 sekolah rendah dari sekitar Bintulu telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), sekali gus mencerminkan penglibatan aktif dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah.

Kejohanan seumpama ini merupakan platform penting untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti sukan serta amalan gaya hidup sihat.

Usaha ini juga dilihat berupaya melahirkan atlet muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Majlis penutupan kejohanan berlangsung dengan meriah dan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

Para pemain yang terpilih akan mara ke peringkat seterusnya untuk mewakili Kejohanan MSS Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 7 Mei di Miri.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pearly terima penghargaan daripada PM Anwar dan isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.