Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sesi perdebatan calon Naib Presiden AS diteruskan
  • GLOBAL

Sesi perdebatan calon Naib Presiden AS diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
UJIAN saringan Harris (kanan) dan Pence menunjukkan keputusan negatif. • Foto AFP

LOS ANGELES: Sesi debat antara calon Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence dan Senator Demokrat, Kamala Harris akan tetap berlangsung seperti dijadualkan walaupun Presiden Donald Trump disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Keputusan itu dibuat Suruhanjaya Debat Presiden selepas Pence dan Harris masing-masing mengesahkan keputusan ujian negatif mereka adalah negatif.

“Tiada rancangan untuk membatalkan sesi debat pasangan regu calon presiden di Utah pada Rabu ini,” kata suruhanjaya tersebut yang mengawasi acara tersebut.

Semalam, pesaing Trump, Joe Biden kembali berkempen di Michigan yang menjadi medan pertempuran antara parti Republikan dan Demokrat selepas beliau juga disahkan bebas jangkitan tersebut.

Menurut Biden, beliau dan isterinya, Jill mendoakan Trump dan Wanita Pertama, Melania akan sembuh dengan cepat.

Ketika berucap di Grand Rapids, Michigan calon presiden mewakili Parti Demokrat itu juga menggesa rakyat Amerika supaya memakai pelitup muka untuk memperlahankan penyebaran wabak tersebut. “Jadi patriotik. Ia bukan hanya menjadi individu yang hebat. Ia adalah tanggungjawab anda,” ujarnya yang telah menjalani ujian saringan sebanyak dua kali sebelum meninggalkan kediamannya di Delaware. – AFP

Continue Reading

Previous: 15 terkorban dalam serangan pengeboman di Afghanistan
Next: Taufan Alex badai Itali, Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.