Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Serangan udara Israel hancurkan Masjid di Gaza
  • GLOBAL

Serangan udara Israel hancurkan Masjid di Gaza

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SERANGAN udara Israel hancurkan masjid di Gaza, cederakan ramai di kem pelarian Nuseirat. Foto fail AFP

ISTANBUL: Beberapa rakyat Palestin cedera pada Selasa apabila pesawat perang Israel mengebom Masjid Al-Faraj di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza sehingga musnah sepenuhnya, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut saksi, serangan udara itu menyebabkan kemusnahan masjid berkenaan serta mencederakan sejumlah besar orang awam.

Saksi memaklumkan bahawa mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Al-Awda di Nuseirat, namun tiada maklumat lanjut diberikan.

Sejak perang genosid Israel ke atas Gaza bermula pada 7 Oktober 2023, rejim Zionis terus menyasarkan rumah ibadat di wilayah itu, khususnya masjid dan gereja.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza pada Februari lalu memaklumkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan 1,109 daripada 1,244 buah masjid sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.

Israel memperbaharui serangan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai dengan kumpulan pejuang Hamas pada 19 Jan.

Sejak Oktober 2023, lebih 52,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Keselamatan Mekkah tahan empat warga asing
Next: Negara BRICS sokong penggunaan mata wang tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.