Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera dalam kemalangan kendiri di Kampung Sabal Kruin
  • KEMALANGAN

Dua cedera dalam kemalangan kendiri di Kampung Sabal Kruin

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN Toyota Hilux yang terbabas di bahu jalan di Kampung Sabal Kruin, dari arah Sri Aman menuju ke Serian, tengah hari tadi. Dua lelaki cedera dalam kejadian itu. Foto JBPM.

SERIAN: Dua lelaki dewasa cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan kendiri di Kampung Sabal Kruin, dari arah Sri Aman menuju ke Serian, tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 1.10 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 57 kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi pada 1.59 petang, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux yang terbabas di bahu jalan.

Seorang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala seorang lagi masih berada di dalam kenderaan namun tidak tersepit.

Pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum membawanya ke kawasan selamat.

Kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi diketuai PBK II Dobbin Dindot dengan kekuatan empat anggota menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Operasi berjaya dikawal pada 2.15 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 2.26 petang. Turut berada di lokasi ialah dua petugas KKM dengan sebuah ambulans.

Seorang mangsa yang mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala seorang lagi masih tersepit di dalam kenderaan ketika pasukan penyelamat tiba.

Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Continue Reading

Previous: Dua penunggang motosikal cedera dalam kemalangan di Jalan Bukit Goram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.