Seorang maut selepas pesawat ringan terhempas di perairan Pantai Copacabana, Brazil

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat selepas sebuah pesawat persendirian kecil terhempas ke laut di Pantai Copacabana, zon selatan Rio de Janeiro, Brazil, semalam. Foto AFP

RIO DE JANEIRO, Brazil: Sekurang-kurangnya seorang maut pada Sabtu selepas sebuah pesawat ringan terhempas di perairan luar Pantai Copacabana yang terkenal di Rio de Janeiro, Brazil, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Bomba, pesawat ringan itu terhempas kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan (1530 GMT). 

KEMALANGAN… Seorang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di perairan luar Pantai Copacabana yang terkenal di Rio de Janeiro, Brazil semalam.

Juruterbang pesawat berkenaan yang identitinya belum didedahkan, kemudiannya ditemukan meninggal dunia.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian, dengan setakat ini tiada mangsa lain dilaporkan.

-Bernama