Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, lima cedera dalam insiden tembakan di Louisiana, AS
  • GLOBAL

Seorang maut, lima cedera dalam insiden tembakan di Louisiana, AS

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEPASUKAN polis berada di lokasi kejadian. Foto AGENSI

NEW YORK: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala lima lagi cedera semalam dalam insiden tembakan di medan selera sebuah pusat beli-belah di Baton Rouge, negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Polis pada mulanya memaklumkan 10 cedera dalam kejadian itu, namun kemudian menyemak semula jumlah berkenaan.

“Dua kumpulan bertengkar di dalam medan selera sebelum mula melepaskan tembakan antara satu sama lain.

“Malangnya, terdapat beberapa orang awam yang tidak bersalah berada di kawasan itu dan mungkin turut terkena tembakan,” kata Ketua Polis Baton Rouge Thomas Morse Jr.

Beliau berkata mangsa yang cedera dibawa ke hospital tempatan, manakala lima individu ditahan.

Insiden tembakan yang berlaku pada 1.22 tengah hari waktu tempatan di Mall of Louisiana itu tidak kelihatan sebagai tindakan keganasan rambang, “sebaliknya pertikaian yang sangat bersasar antara dua kumpulan,” kata Morse.

Pusat beli-belah itu ditutup serta-merta selepas kejadian, manakala Hospital Baton Rouge General yang terletak berhampiran pusat beli-belah berkenaan dikenakan sekatan pergerakan selama kira-kira sejam semalam.

Polis masih mencari suspek, dengan beberapa helikopter berlegar di ruang udara dan pegawai bersenjata memakai jaket kalis peluru meronda kawasan itu.

“Siasatan masih dijalankan dan kami masih mencari lebih ramai individu yang mungkin terlibat,” kata ketua polis itu.

Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel dalam satu kenyataan di media sosial berkata FBI New Orleans dan ejen dari Baton Rouge terus membantu rakan agensi mereka dalam siasatan berhubung insiden itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.0 skala Richter gegar Crete, Greece – GFZ
Next: WHO gesa usaha imunisasi diperkukuh di Pasifik Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.