Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, dua cedera bot terbalik di luar pantai Bali
  • GLOBAL

Seorang maut, dua cedera bot terbalik di luar pantai Bali

Utusan Sarawak 2 months ago
FOTO dari Polis Daerah Klungkung yang diambil pada 21 Mac 2025 dan dikeluarkan pada 22 Mac 2025 menunjukkan mangsa yang terselamat duduk di atas bot yang terbalik, sementara menunggu untuk diselamatkan, selepas dilanda ombak di Nusa Penida, Bali. Foto AFP

JAKARTA: Seorang pelancong asing terbunuh dan dua lagi cedera selepas sebuah bot terbalik di perairan berhampiran pulau peranginan Bali, Indonesia, kata seorang pegawai pada Sabtu, lapor Xinhua.

Bot yang membawa 13 orang, termasuk 11 warga Australia, dilanda ombak besar di luar kabupaten Klungkung pada Jumaat, menurut I Putu Widia Ada, ketua unit operasi agensi pengurusan dan mitigasi bencana di daerah itu.

“Seorang maut ketika dikejarkan ke hospital di bandar Denpasar, dan dua lagi cedera,” kata Ada.

I Nyoman Sidakarya, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah Bali, memberitahu Xinhua bahawa pulau itu mengalami keadaan cuaca ekstrem ketika kejadian berlaku. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan
Next: Glasier mencair, hilang 450 bilion tan jisim pada 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.