Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut dalam nahas kereta api kargo bertembung di Munich
  • GLOBAL

Seorang maut dalam nahas kereta api kargo bertembung di Munich

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEADAAN dua gerabak tren kargo yang terjatuh dari jambatan landasan kereta api selepas pertembungan dua tren kargo di Daerah Milbertshofen, Munich. Foto: REUTERS

BERLIN: Seorang maut dalam insiden pertembungan dua tren kargo yang menyebabkan dua gerabak tergelincir dan terjatuh dari jambatan landasan kereta api, lapor Anadolu Ajansi memetik polis tempatan hari ini.

Menurut jurucakap polis di tempat kejadian, kedua-dua kereta api kargo itu bertembung pada waktu malam ketika sedang melalui jambatan berkenaan. Pertembungan itu menyebabkan satu daripada kereta api tergelincir dan mengakibatkan dua gerabak terjatuh daripada jambatan.

Satu bahagian hujung daripada kedua-dua gerabak kereta api itu dilaporkan tersadai bersebelahan di atas jalan raya, manakala satu bahagian hujung lagi masih berada di atas jambatan.

Usaha menyelamat dan mengalihkan gerabak kereta api berkenaan bermula pada waktu pagi, manakala lokasi kemalangan di Daerah Milbertshofen, Munich mungkin ditutup sehingga esok.

Menurut laporan polis, insiden berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Setakat pagi tadi, punca sebenar kemalangan masih belum dapat dipastikan sepenuhnya termasuk punca bagaimana kedua-dua kereta api itu boleh bertembung ketika operasi penyusunan gerabak dijalankan. Jumlah kerugian dan anggaran kerosakan juga masih belum dapat dipastikan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan selatan Kastri, Greece – USGS
Next: Dua gempa bumi berturut-turut gegarkan pulau peranginan Crete di Greece

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.