Seorang lagi mangsa kanak-kanak hilang ditemukan lemas

Facebook
WhatsApp
PENEMUAN mayat kedua mangsa kanak-kanak yang hilang tenggelam dibawa arus ketika sedang mandi di Sungai Batang Mukah Jalan Kampung Bedanga, Mukah, kelmarin, di Pantai Kala Dana, 9.25 pagi tadi. Foto BBP Mukah

MUKAH: Seorang lagi kanak-kanak yang hilang ditemukan lemas di Pantai Kala Dana pada 9.25 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, mayat mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung tersebut.

Terdahulu semasa kejadian sekitar 3.50 petang kelmarin, 18 Mac, kedua-dua mangsa yang tidak pandai berenang tiba-tiba hilang tenggelam dibawa arus ketika sedang mandi di Sungai Batang Mukah Jalan Kampung Bedanga, Mukah.

Cubaan ibu untuk menyelamat mereka berdua namun gagal.

Pada 4.40 petang semalam, mayat salah seorang daripada mangsa berjaya ditemukan pada jarak lebih kurang 2 kilometer dari tempat kejadian.

Mayat mangsa kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu telah dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah. 

Oleh Akun Giman