Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sentuhan magis tiga jurulatih
  • SUKAN

Sentuhan magis tiga jurulatih

Utusan Sarawak 5 years ago
  • L A G E N D A T I N J U
    SARAWAK… Sapok Biki.
  • PRESIDEN SABA…
    Dato Rahman Lariwoo.

SENTUHAN hebat tiga jurulatih berpengalaman dalam membentuk kredibiliti petinju diharap mampu menjadi pengerak kepada perolehan pingat untuk kontinjen Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang akan berlangsung dari 6 hingga 14 Mac 2021.

Keyakinan tersebut disuarakan Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo.

Sambil memberitahu, tiga jurulatih tersebut ialah Muhammad Herman Morni (Ketua Jurulatih), Sapok Biki (Jurulatih Teknikal) yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwell 1998 dan Wilbur  Buag Andogan (Penolong Jurulatih).

“Kita mensasarkan untuk tampil dengan lebih cemerlang lagi di temasya (SUKMA XX JOHOR) itu kelak.

“Dan yakin gandingan tiga jurulatih terbabit dalam membentuk kredibiliti petinju sedia ada mampu menyumbang kepada perolehan pingat,” ujar beliau ketika ditemui semalam.

Menurut Dato Rahman, ketiga-tiga jurulatih berkenaan telah mengemudi kem latihan membabitkan petinju berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Apa yang menariknya, tampak perubahan serta peningkatan ketara prestasi petinju kita.

“Diharap ia menjadi penanda aras terbaik untuk merealisasi impian sebenar nanti,” tambah beliau lagi.

Untuk rekod skuad tinju berjaya meraih tiga pingat ketika berlangsung Sukma Perak 2018 iaitu satu emas dan dua gangsa.

Pingat emas disumbangkan oleh Dealoniel Mcdelon Bong (60kg). Manakala, dua pingat gangsa masing-masing dibumbangkan oleh Christyuden Anak Ripoh (69kg) dan Wilson Berayin Anak Sumbang (56kg).

Sementara itu, badan induk berkenaan (SABA) sudahpun memuktamadkan senarai penuh petinju yang akan mewakili Sarawak di Sukma XX Johor 2020 kelak.

Di samping tiga petinju yang juga penyumbang pingat di temasya lalu.

Enam lagi mereka ialah Jackson Chambai Anak Ikeh (49kg), Muhammad Syawal  Mohammad Isham (52kg), Mohd. Jamani Abdullah (64kg), Abdul Hakim Abdullah (75kg), Rais Arsyad Sulam (81kg) dan Hellary Anak Hendry (91kg).

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Kekuatan dalaman United penting
Next: Pusat Kecemerlangan Akuatik dibuka semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.