Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Senegal dilarang pakai bintang AFCON pada Piala Dunia 2026 – laporan
  • SUKAN

Senegal dilarang pakai bintang AFCON pada Piala Dunia 2026 – laporan

Utusan Sarawak 6 hours ago
FIFA tidak membenarkan Senegal memakai bintang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada jersi rasmi pasukan sepanjang kempen Piala Dunia 2026. Foto AFP

MOSCOW: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melarang pasukan kebangsaan Senegal daripada memakai kit yang memaparkan bintang di atas logonya sebagai menandakan kemenangan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada Piala Dunia 2026, kata wartawan bola sepak Afrika, Micky Jnr. pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Senegal telah diberitahu mereka tidak boleh memakai bintang AFCON pada jersi mereka semasa Piala Dunia FIFA,” kata wartawan itu di X.

Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal bermain dengan satu bintang di atas logo sebagai menandakan kemenangan AFCON 2021.

Bagaimanapun, peraturan FIFA membenarkan penggunaan bintang kejuaraan benua hanya semasa perlawanan persahabatan dan pertandingan kelayakan, manakala dalam kejohanan akhir di bawah naungan organisasi itu, bintang hanya boleh digunakan sebagai tanda memenangi Piala Dunia.

Pada Sabtu, FIFA telah mengharamkan penggunaan bintang pada jersi pasukan kebangsaan Mesir, walaupun pasukan itu memenangi Piala AFCON sebanyak tujuh kali.

Piala Dunia kini berlangsung di AS, Mexico dan Kanada dari 11 Jun hingga 19 Julai. Pasukan kebangsaan Senegal akan bermain dalam Kumpulan I bersama pasukan Perancis, Norway dan Iraq.- Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Continue Reading

Previous: Pemain Portugal pakai gelang tangan ingati Jota
Next: Jaring gol penyamaan, pemain Qatar terima ganjaran RM14.1 juta, Rolls-Royce Phantom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.