
Barisan pimpinan tertinggi PRS bagi tempoh 2025–2028 diketuai Dato Sri John Sikie Tayai.
KUCHING: Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol adalah muka baharu yang dipilih mengisi salah satu slot jawatan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Rita memperoleh 160 undi pada pemilihan sempena Persidangan Tiga Tahun Sekali Ke-6 parti itu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong mendapat undi paling banyak iaitu 222 undi bagi jawatan Naib Presiden.

Ini diikuti Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang dan ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang yang masing-masing memperoleh 194 undi, diikuti Rita (194 undi).

Slot kelima diisi oleh Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang yang meraih 152 undi.

Semua pemenang kecuali Rita adalah penyandang jawatan Naib Presiden PRS sebelum ini.

Dua lagi calon iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi dan ADUN Balleh, Nicholas Kudi Jantai, gagal mendapat tempat.
Pemilihan kali ini turut menyaksikan 15 jawatan Ahli Majlis Tertinggi dipertandingkan oleh 33 calon, termasuk empat wanita — jumlah tertinggi dalam sejarah parti.
Berikut adalah pemenang bagi jawatan Majlis Tertinggi PRS bagi tempoh 2025–2028.
1. Cr Sempurai Petrus Ngelai – 219 undi
2. Susan Clement Ingun – 215
3. Cr Hemang Yu Abit – 179
4. Alexander Donald – 169
5. Charles Nissom – 168
6. Pandang Semat – 166
7. Thomas Balan – 157
8. YB Anyi Jana – 153
9. Rosaline Neging- 153
10. Cr Ir Andy Lawrence – 152
11. Dato Peter Nyomek Nyeap – 148
12. Dato Azizi Morni – 139
13. Cr Mathew Egoh – 139
14. Dato Janang Bunsu – 137
15. David Upe – 126
Oleh SHAHRUL QAIZAT dan SHIKIN MAHMUD