Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lapan negeri termasuk Sarawak

Facebook
WhatsApp
Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah, serta di seluruh Pulau Pinang dan Perak hingga 1.00 pagi esok.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor.

“Sarawak melibatkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah di pedalaman (Nabawan dan Keningau) serta Sandakan (Tongod),” menurut hantaran itu hari ini.

-Bernama  

Samarahan catat IPU tertinggi pagi ini

KUCHING: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 218, sekali gus berada pada tahap sangat tidak