Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Seminar Keusahawanan Wanita 2025 lahirkan usahawan belia wanita di Sundar
  • WILAYAH

Seminar Keusahawanan Wanita 2025 lahirkan usahawan belia wanita di Sundar

Utusan Sarawak 15 hours ago
SIMBOLIK PERASMIAN…KETUA Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, Aujiana Garip memotong riben untuk membuka poster Seminar Keusahawanan Wanita 2025 di Sundar hari ini.  Foto: Adeng Edrus

LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari telah berjaya menganjurkan Seminar Keusahawanan Wanita 2025 di Dewan Masyarakat Sundar hari ini.

Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, Aujiana Garip memberitahu program ini merupakan siri jelajah Wanita PBB Bukit Sari ke setiap zon di Lawas.

Program di zon Sundar melibatkan 11 ranting Pergerakan Wanita PBB bersama dengan belia wanita dan usahawan wanita di Daerah Sundar.

SEMANGAT KEUSAHAWANAN…Wanita PBB Cawangan Bukit Sari merakam gambar kenangan bersama peserta Seminar Keusahawanan Wanita 2025 di Sundar hari ini. Foto: Adeng Edrus

“Kita akan terus turun padang menyantuni ranting-ranting PBB Sayap Wanita dan kali ini kita hadir di Sundar untuk memantapkan aktiviti keusahawanan wanita di zon Sundar, ” katanya pada perasmian majlis hari ini.

Selain itu, program ini bertujuan memberi motivasi serta melahirkan golongan usahawan wanita bagi memperkasakan ekonomi keluarga masing-masing.

Pada masa yang sama, Wanita PBB Bukit Sari berhasrat ingin melahirkan belia wanita yang mempunyai kemahiran untuk terlibat dalam industi keusahawanan secara kecil dan sederhana sebelum dikembangkan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak terkunci dalam tandas berjaya diselamatkan
Next: Gawai Dayak lambang keamanan, kesejahteraan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.