Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seludup 200 kilogram kokain, lelaki Australia didakwa
  • GLOBAL

Seludup 200 kilogram kokain, lelaki Australia didakwa

Utusan Sarawak 4 hours ago
LELAKI warga Australia cuba menyeludup 200 kilogram kokain melalui laut. Foto AFP

SYDNEY: Seorang lelaki warga Australia berusia 41 tahun didakwa oleh polis berhubung cubaan menyeludup 200 kilogram kokain ke dalam negara itu melalui laut, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini oleh agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan serta polis di negeri pantai timur New South Wales (NSW) dan Queensland, lelaki itu ditahan pada Khamis selepas pegawai menemui kokain di dalam sebuah bot katamaran yang dipintas.

Polis berkata kapal itu dipintas oleh pasukan petugas jenayah terancang yang sedang menyiasat rancangan sindiket jenayah, yang mempunyai kaitan dengan geng motosikal haram, untuk menyeludup kokain ke perairan Australia sebelum memindahkannya ke bot tempatan bagi dihantar ke darat.

Di mahkamah, pihak pendakwaan akan membawa kes yang katamaran itu berlepas dari Sungai Tweed di utara New South Wales, berhampiran sempadan Queensland, pada Selasa untuk mengambil dadah itu sebelum kembali pada Khamis, ketika ia dipintas.

WANG tunai dan 200 kilogram kokain yang ditemui di dalam kapal. Foto AFP

Polis turut memaklumkan terdapat wang tunai sebanyak AUD100,000 (AS$71,500) ditemui di dalam kapal itu, selain 200 kilogram kokain.

Lelaki berusia 41 tahun dari utara New South Wales didakwa atas kesalahan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti kapal dan kru yang bertanggungjawab membawa kokain berkenaan ke perairan Australia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang Arab Saudi muktamadkan persediaan musim haji 1447 Hijrah
Next: 16 maut, 20 cedera dalam kemalangan bas di Jammu dan Kashmir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.