Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Selipar jepun, air kosong jadi mas kahwin
  • GLOBAL

Selipar jepun, air kosong jadi mas kahwin

Utusan Sarawak 5 years ago
HELMI (kanan) bersama suaminya, Yudi sebaik majlis akad nikah selesai. • Foto AFP

LOMBOK: Sepasang suami isteri dari Lombok Tengah, Indonesia, dapat perhatian ramai di media sosial gara-gara mas kahwin hanya sepasang selipar jepun dan sebekas air kosong.

Mereka ialah Yudi Anggata, 24, iaitu pengantin lelaki dari kampung Braim dan Helmi, 20, pengantin perempuan dari kampung Desa Jurit, Lombok Tengah, lapor AFP.

Menerusi rakaman video yang tular di Facebook, pengantin lelaki menjadi tumpuan di media sosial kerana mas kahwinnya sangat sederhana.
Helmi seorang model yang cantik mengahwini Yudi pada 3 Julai lalu.
Dalam video tersebut, Yudi mengulangi ijab kabul beberapa kali kerana gugup.

Menurut Helmi, mas kahwin itu atas permintaannya kerana tidak mahu membebankan pihak lelaki.

“Benar, saya tak mahu menyusahkan suami dan keluarga. Jadi hanya meminta selipar jepun dan sebekas air kosong.

“Sebaik majlis akad nikah selesai, saya minum air tersebut dan selipar itu akan disimpan. Saya juga akan tunjukkan kepada anak nanti,” katanya.

Helmi juga menolak dakwaan sesetengah pihak mengenai selipar dikatakan mempunyai nilai sentimental buat mereka sebaliknya dia memberitahu, tiada sebarang maksud tetapi sekadar untuk dikenang.-AFP

Continue Reading

Previous: Air France buang 7,500 pekerja
Next: 50 terkorban dalam banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.