Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekurang-kurangnya 20 maut, Taufan Melissa landa Haiti
  • GLOBAL

Sekurang-kurangnya 20 maut, Taufan Melissa landa Haiti

Utusan Sarawak 19 hours ago
SEORANG penduduk mengambil semula sebahagian bumbung rumahnya yang rosak selepas Taufan Melissa melanda sebuah kawasan kejiranan di Santiago de Cuba pada 29 Oktober 2025. Foto AFP


MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan maut selepas Taufan Melissa melanda Haiti, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.

Menurut stesen Radio Television Caraibes, beberapa kawasan kejiranan di bandar pesisir barat daya Petit-Goave hampir musnah sepenuhnya, dengan banyak rumah runtuh serta serpihan di merata tempat, kata Datuk Bandar Petit-Goave, Jean Bertrand Subreme.

Rakaman di lokasi memaparkan kerosakan, manakala laporan tempatan mendedahkan mayat mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.

Melissa, antara taufan paling dahsyat melanda rantau Caribbean sejak beberapa tahun kebelakangan ini, turut membawa hujan lebat dan banjir di pelbagai kawasan di Haiti dan Cuba.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: ‘Tiada raja’ di tanah air, tetapi dinobatkan di luar negara: Korea Selatan hadiahkan Trump replika mahkota emas
Next: Taufan Montha melanda pantai selatan India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.