Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekurang-kurangnya 13 orang maut, lebih 20 kanak-kanak hilang dalam banjir di Texas
  • GLOBAL

Sekurang-kurangnya 13 orang maut, lebih 20 kanak-kanak hilang dalam banjir di Texas

Utusan Sarawak 18 hours ago

PENDUDUK Kerrville, Leighton Sterling menyaksikan air banjir di sepanjang Sungai Guadalupe di Kerrville, Texas. Hujan lebat menyebabkan banjir di sepanjang Sungai Guadalupe di tengah Texas dengan banyak kematian dilaporkan. Foto AFP

HOUSTON: Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala lebih 20 kanak-kanak dari kem musim panas di sepanjang Sungai Guadalupe dilaporkan hilang susulan banjir kilat akibat hujan lebat semalaman di tengah Texas, menurut pihak berkuasa pada petang Jumaat, lapor Xinhua.

Timbalan Gabenor Texas Dan Patrick memaklumkan pada sidang media bahawa “kira-kira 23” kanak-kanak masih belum ditemui  di Camp Mystic, sebuah kem musim panas untuk kanak-kanak perempuan yang menempatkan kira-kira 750 kanak-kanak.

Beliau berkata sekurang-kurangnya 14 helikopter, 12 dron dan lebih 500 anggota penyelamat dikerahkan di sekitar kawasan kem itu, selain beberapa orang dewasa dan kanak-kanak telah diselamatkan dari pokok berhampiran.

Sementara itu, Syerif Kerr County Larry Leitha memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 13 orang terkorban akibat banjir di daerah itu dan beberapa lagi masih belum dapat dikesan.

HELIKOPTER Black Hawk UH-60 menjalankan operasi menyelamat di sepanjang Sungai Guadalupe pada 4 Julai 2025 di Kerrville, Texas. Hujan lebat menyebabkan banjir di sepanjang Sungai Guadalupe di tengah Texas dengan banyak kematian dilaporkan. Foto AFP

Leitha menjangkakan lebih banyak kematian akan dilaporkan di daerah berkenaan.

“Kami masih giat mencari mereka yang masih berada di luar dan memerlukan bantuan,” kata Pengurus Kerrville City Dalton Rice.

Pada kira-kira 4.00 pagi waktu tempatan (0900 GMT), Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan telah menaikkan tahap amaran banjir kilat, yang membolehkan amaran kecemasan dihantar ke telefon penduduk dan mereka yang berada di kem sepanjang sungai, lapor NBC News.

Perkhidmatan itu turut memberi amaran bahawa ‘gelombang banjir besar dan berbahaya’ sedang mengalir ke hilir Sungai Guadalupe.

POKOK muncul dari air banjir di sepanjang Sungai Guadalup, di Kerrville, Texas. Hujan lebat menyebabkan banjir di sepanjang Sungai Guadalupe di tengah Texas dengan banyak kematian dilaporkan. Foto AFP

Di  Kerr County, paras Sungai Guadalupe naik kira-kira 2.3 meter kepada hampir kira-kira 9.1 meter semalaman dan dijangka memuncak pada kira-kira 10.4 meter di Spring Branch pada petang Jumaat, menurut perkhidmatan itu

Rakaman video dalam talian menunjukkan kereta, rumah mudah alih dan kenderaan rekreasi dihanyutkan ketika paras sungai meningkat secara mendadak di daerah itu.

Gabenor Texas Greg Abbott memaklumkan di X bahawa negeri itu sedang ‘menggerakkan semua sumber yang ada’ untuk bertindak balas terhadap banjir. “Keutamaan segera ialah menyelamatkan nyawa,” kata beliau.

Lebih setengah juta penduduk di tengah Texas berada di bawah amaran banjir kilat setakat petang Jumaat.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lelaki ditemui mati selepas bermain dengan ular tedung
Next: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, lebih 30 cedera bas terjunam dalam sungai di Selatan Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.