Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, lebih 30 cedera bas terjunam dalam sungai di Selatan Mexico

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MEXICO CITY:  Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 30 lagi cedera awal pagi Jumaat apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam Sungai Tlapaneco di Ixcateopan de Cuauhtemoc, kawasan pergunungan di negeri Guerrero, selatan Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 1.40 pagi waktu tempatan (0740 GMT) ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Cuernavaca ke Tlapa de Comonfort sebelum hilang kawalan dan terjatuh ke dalam sungai, lapor Xinhua.

Menurut pegawai perlindungan awam, angka awal menunjukkan tujuh mangsa disahkan maut, lima masih hilang manakala lebih 30 orang cedera dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Pasukan penyelamat kini sedang giat menjalankan operasi mencari di kawasan hiliran dengan harapan menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat.

Antara mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai penduduk dari Tlapa, Cochoapa el Grande dan Tlacuiloya di Guerrero. 

Seorang bayi yang berjaya diselamatkan kini berada dalam pemantauan rapi pihak perubatan.

Operasi menyelamat disertai pasukan perlindungan awam negeri, Pengawal Kebangsaan, tentera Mexico serta sukarelawan tempatan. 

Namun, usaha mereka terjejas oleh arus sungai yang deras dan keadaan muka bumi yang mencabar.

Siasatan awal mendapati punca kemalangan mungkin melibatkan beberapa faktor termasuk pemanduan laju, keletihan pemandu, keadaan jalan yang tidak selamat atau kemungkinan kerosakan mekanikal. 

Laporan tempatan turut mengesyaki bas itu membawa penumpang melebihi had kapasiti.– Bernama-Xinhua

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,