Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekurang-kurangnya 10 maut akibat cuaca ekstrem di Afrika Selatan
  • GLOBAL

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat cuaca ekstrem di Afrika Selatan

Utusan Sarawak 3 hours ago
KAKITANGAN Taman Negara Afrika Selatan membersihkan pokok tumbang di kawasan Taman Negara Garden Route di Western Cape, Afrika Selatan, pada 8 Mei 2026.

CAPE TOWN: Sekurang-kurangnya 10 maut akibat cuaca ekstrem di beberapa wilayah di Afrika Selatan, lapor Xinhua memetik kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden pada Isnin.

Presiden Cyril Ramaphosa menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat hujan lebat, banjir, ribut petir, angin kencang dan salji.

Kerajaan mengisytiharkan bencana negara melalui Pusat Pengurusan Bencana Negara susulan kematian, kerosakan infrastruktur, gangguan perkhidmatan dan perpindahan penduduk.

Cuaca ekstrem menjejaskan enam wilayah iaitu Western Cape, Eastern Cape, Northern Cape, North West, Free State dan Mpumalanga sejak 4 Mei.

Antara kematian yang dilaporkan termasuk seorang pekerja sosial yang maut selepas pokok tumbang menghempap keretanya di Knysna, tiga orang maut dalam kejadian banjir di Northern Cape, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dihanyutkan arus di wilayah North West.

Pihak berkuasa Western Cape turut melaporkan tiga lagi kematian yang masih disiasat.

Perkhidmatan Cuaca Afrika Selatan memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan hingga Selasa.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Masjid Nabawi sedia perkhidmatan bersepadu untuk warga emas, OKU
Next: Penumpang pesawat Frontier Airlines di Denver dievakuasi selepas magazin senjata ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.