Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sektor pelancongan, PKS diberi tumpuan
  • BISNES

Sektor pelancongan, PKS diberi tumpuan

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 6 Sept -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap kepada media selepas hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Putrajaya bagi meninjau hari pertama proses pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) kepada penerima bantuan hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

BERA: Kerajaan akan menumpukan beberapa sektor yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 termasuk pelancongan, peruncitan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Selain itu, unjuran pertumbuhan ekonomi negara akan turut diumumkan dalam pembentangan belanjawan tersebut pada 29 Okt depan, kata beliau.

Menurutnya, kerajaan optimis ekonomi negara mampu pulih pada tahun hadapan yang turut selari dengan unjuran pertumbuhan positif oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia bagi 2022.

Malah, katanya, ini boleh dicapai menerusi komitmen tinggi kerajaan untuk memulihkan semua sektor terjejas akibat pandemik itu walaupun tempoh pemulihan mungkin berbeza serta bergantung kepada sektor ekonomi berkenaan.

“(Oleh itu) dalam pembentangan belanjawan itu nanti, kita akan memberikan tumpuan dan bantuan kepada semua sektor termasuk sektor yang paling terkesan iaitu pelancongan, peruncitan dan PKS yang terjejas.

“Pada tahun ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur tumbuh antara tiga peratus hingga empat peratus manakala IMF serta Bank Dunia memberi unjuran lima peratus hingga enam peratus bagi 2022.

“Ini menunjukkan ekonomi kita akan pulih pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Limbahan/Jeti Sudin dekat Tasik Bera di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak tarik pelaburan kedua tertinggi
Next: Tiada cukai baharu dalam Bajet 2022

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.