Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sekolah ditutup 10 tahun
  • TEMPATAN

Sekolah ditutup 10 tahun

Utusan Sarawak 4 years ago
BAHARU … Dr. sim kui Hian mengunjungi sekolah SJKC Bako yang baharu.

KUCHING: Seramai 188 murid memulakan proses pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bako di Samarahan pada Jumaat lepas.

Sekolah tersebut telah siap dibaik pulih baru-baru ini setelah tidak beroperasi sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian bersama Pengerusi Persekutuan Pengurusan Sekolah-Sekolah Cina, Jonathan Chai hadir bagi melawat sekolah terbabit semalam.

Menurut Dr. Sim sekolah tersebut mempunyai sekitar 60 peratus murid Bumiputera, Cina (30 peratus) dan 10 peratus daripada kaum-kaum lain.

Dr. Sim berkata pihak pengurusan sekolah adalah bertanggungjawab untuk membaik pulih bangunan sekolah dan kemudahan lain yang rosak manakala Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab ke atas gaji para guru dan geran penyelenggaraan untuk semua sekolah Cina di Sarawak.

Kerajaan Sarawak katanya, telah memperuntukkan RM8 juta kepada 12 sekolah rendah Cina di Sarawak untuk membantu mereka di dalam membaik pulih bilik darjah.

“Ini adalah tambahan kepada geran tahunan kepada 14 sekolah Cina menengah sejak 2014.

“Ketua Menteri telah meluluskan RM10 juta masing-masing untuk sekolah Cina menengah dan rendah pada tahun ini,” kata Dr Sim.

Oleh CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Tiga rumah panjang terima bantuan makanan
Next: 203,133 penduduk Sibu daftar divaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.