Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekolah di UK dibuka September hadapan
  • GLOBAL

Sekolah di UK dibuka September hadapan

Utusan Sarawak 5 years ago
JOHNSON sedang berbincang dengan Menteri Pendidikan Gavin Williamson untuk memastikan perkara itu selain menyediakan pakej sokongan untuk membantu pelajar mengikuti pembelajaran yang ketinggalan. • Foto AFP

LONDON: Semua sekolah di United Kingdom (UK) dijangka dibuka sepenuhnya pada September ini.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang berbincang dengan Menteri Pendidikan Gavin Williamson untuk memastikan perkara itu selain menyediakan pakej sokongan untuk membantu pelajar mengikuti pembelajaran yang ketinggalan.

Menurut AFP yang memetik sumber Downing Street, kajian terperinci sedang dijalankan bersama pihak sekolah, konsul dan kesatuan untuk memastikan pelajar dapat kembali pada bulan September jika keadaan bertambah selamat.

Johnson telah meminta nasihat langkah-langkah yang akan diambil untuk membantu pelajar sepanjang musim panas dan pelan masa depan untuk mereka.

Demi memastikan keadilan sosial, pertolongan sangat diperlukan bagi pelajar yang kurang mendapat sokongan di rumah.

Sekolah di negara itu ditutup pada bulan Mac disebabkan koronavirus, namun kumpulan pelajar usia tertentu dapat kembali ke sekolah awal bulan Jun walaupun sebilangan pendidik memutuskan untuk tidak membuka semula kerana kebimbangan keselamatan.

Keputusan membuka semula sekolah mengundang perdebatan memandangkan Britain merupakan antara negara dengan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19.

Beberapa pengkritik turut melahirkan kebimbangan dan keperluan berhati-hati untuk mencegah gelombang kedua pandemik.-AFP

Continue Reading

Previous: Korban Covid-19 global lebih 428,000
Next: 57 kes baharu di China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.