Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sekitar 1,000 pengunjung terpukau Ceramah Perdana Ustaz Abdullah Khairi
  • WILAYAH

Sekitar 1,000 pengunjung terpukau Ceramah Perdana Ustaz Abdullah Khairi

Utusan Sarawak 19 hours ago
CERAMAH Perdana bersama Ustaz Abdullah Khairi Haroon di Masjid Jamek Betong semalam yang turut dihadiri ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

BETONG: Sekitar 1,000 pengunjung memeriahkan Ceramah Perdana bersama Ustaz Abdullah Khairi Haroon di Masjid Jamek Betong semalam, membuktikan sambutan luar biasa terhadap penganjuran sulung program ini.

Program bermula pada 8.15 malam itu berjaya menarik minat penduduk tempatan serta pengunjung dari seluruh Bahagian Betong yang ingin menyaksikan ceramah secara langsung.

Dalam tempoh dua jam, penceramah terkenal itu menyampaikan ceramah penuh pengajaran mengenai kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian dengan gaya tegas, bersahaja dan diselang seli jenaka yang menghiburkan.

Pengunjung sekitar 1,000 orang terpukau dengan penyampaian dan gelagat penceramah, yang kelihatan tidak berganjak sehingga penghujung program.

CERAMAH Perdana bersama Ustaz Abdullah Khairi Haroon di Masjid Jamek Betong semalam yang turut dihadiri ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Usaha Lembaga Khairat Dan Amanah Melayu Betong (LKAMB) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Betong dan Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB) nyata berjaya, diterima baik oleh penduduk setempat.

Kerjasama semua pihak menjayakan program itu turut mencetus fenomena tersendiri, memberi kesan positif kepada pendengar di lokasi dan menarik perhatian penonton dalam siaran langsung di platform YouTube ‘Sara Tok Xtive’.

Keberhasilan Ceramah Perdana ini bukan sahaja mengukuhkan nilai ilmu dalam masyarakat, malah membuka ruang kepada penganjuran program seumpama itu pada masa hadapan di Betong.

Turut hadir menyaksikan ceramah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor; Pengerusi LKAMB, Ustaz Abang Burhanuddin Abang Ahmad Masunie; Pengerusi Pengelola, Hamdan Katang; Temenggong Piee Alwi; Pemanca Safiee Junaidi; serta Ketua-ketua masyarakat dan kaum.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa keletihan mendaki di Bukit Lambir berjaya diselamatkan
Next: Perbincangan bersemuka kunci penyelesaian masalah rakyat di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.